Followers

Friday 5 June 2015

First Time, Parent Meeting 5 Jun 2015 :)

Assalamualiakum..
Macam -macam pengalaman berbeza dapat rasa sejak dah dewasa ni.Hari ni  first time kena pergi parent meeting kat sekolah auni afifah. Alololo..anak ummi dah 1 thn 6 bln.Actually aku dh mula masukkan auni afifah ke child care sejak dia umur 7 bln. Then after auni afifah dah masuk setahun 3 bulan gitu dia dah ditukarkan ke playgroup, masih childcare yang sama Kids' Inn Singapore.
Kat Singapore ni kalau ikutkan fee untuk sekolah auni afifah ni agak mhal jugak around SGD 1k++ , tapi memandangkan aku ni Software Engineer untuk support goverment agency dapatlah subsidi. Tambah tolak darab bahagi semua..kira-kira SGD 700 sebulan. Fuhhh..tak pe la demi anak.

So tadi terpaksa la ambil leave semata-mata nak pergi parent meeting, rasa rugi kalau tak pergi. Mesti la nak tahu perkembangan anak kan. Jadi ummi dan abi sama-sama ambil leave. Sepakat membawa berkat gitu :)
Teacher cakap auni afifah is very good dan perkembangan dia semua positif. Alhamdulillah..

AuniAffiah punya profile.hehehe.Teringat zaman sekolah rendah dulu, time siapkan scrap book.Macam gini la juga lebih kurang details untuk main page kan :)

Time meeting tu teacher ada kasi file gambar-gambar auni afifah beraktiviti kat sekolah. with the comment

Antara comments:
 "Auni holds her crayons or marker in her fingers instead of her first.She already able to holds brush.she is able to balance with emerging skills as she bends, twists or stretch herself  "-Physical profile

"Auni participate in small and large groupactivities.She relte well to her classmates.She expresses her own thoughts by communicating.She appears confident, happy and self-assured" - Social Emotinal Profile


Then petang bila dah balik dari sana ummi kasi Auni Afifah reward sebab teacher puji-puji dia.heehe.Gud job anaknda ummi! Ummi dan abi bawa auni pegi East Coast ambil angin pantai.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan asyik melihat kapal terbang turun naik...East Coast berdekatan dengan Changi Airport jadi sentiasa la kelihatan kapal terbang diruang udara. Alahamdulillah Auni Afifah happy...


Muka dia kemain ceria..sekejap-sekejap dia lari ke sana ke sini meluahkan kegembiraan. Last -last ummi dan abi yang give up. Penat kot asyik berlari je ngn si kenit ni. Bukan tahu apa..selamber je dia lari nak masuk kt air..ish,bahaya. Perut dah lapar...kitaorng gerak pergi makan kat Fish Manhatten, sebagai penutup tirai aktiviti keluarga kecil ku sebelum balik rumah 

















Thursday 4 June 2015

Uda Sakit...Semoga Tabah Adikku

Assalamualaikum.. alhamdulillah perancangan balik kampung minggu lepas berjalan lancar.Selamat tiba di Kelantan pagi jumaat, suara bacaan ayat suci al-quran di masjid2 sekitar sambut ketibaan kitaorng. Lama nya tak rasa suasana tu, sayu pulak rasa hati.Biasala orang duduk merantau negara orng macam aku ni, time balik kmpung mesti la bonda kesayangan sambut kaw kaw punya..(jahat kan..hehe).cakap je nk makan apa,insyaallah akan dipenuhi.Sampai2 je dah dihidangkan dgn nsi kerabu ayam bakar.(sebelum balik dah call bonda request for nasi kerabu). 

Hmmm...berbalik pada uda yang sakit.Adik lelaki aku y kami panggil uda ni tengah cuti stdy week (student UPSI, bakal cikgu insyaallah..dh final sem). Seingat aku dari bulan 1 lepas dia ada ngadu sakit tangan,sebelah kanan bahagian siku uda membengkak. Dah banyak kali pergi jumpa doktor..ustaz pun ada juga jumpa.Ikhtiar...semoga Allah sembuhkan.Mungkin sebab aku dah lama xjumpa uda, jadi aku pun tak tahu sangat keadaan dia.Aku hanya tahu khabar dari family whtsapp, aku ingtkan sakit tangan biasa2 je..then bila balik kampung last time bru la aku nampak keadaan uda dengan mata sendiri. Ya Allah, kesiannya.Dia hanya terbaring lesu kat tilam..bonda aku cakap setiap kali makan dia akan muntah.Kurus giler,sedih aku tengok keadaan dia. Uda pun baru juga blik kg, tak terfikir aku macamana la dia survive dalam sakit2 cmtu kt hostel tu..selagi terdaya kelas still xponteng.Tabikk...you r the best la uda!

Sebenarnya doktor  xdpt detect apa penyakit uda...bila xtray semua ok.Tapi uda sakit tangan dan sakit kt dada.Susah nak bernafas.Ustaz2 pula cakap uda kena gangguan..wallahualam! Sempat la aku tlg uda time kt kampung, lap kan badan dia..bersihkan muntah..suapkan makan.Malam kedua kitaorg kt kampung uda sakit teruk, menangis tahan sakit. Kita bawa g hospital then terus ambulance bawa ke hospital besar kota bharu sebb keadaan uda sgt lemah.

10 Jun 2015 ni uda dah mula final exam.Tapi apakan daya uda terpaksa tangguh semester sebb keadaan kesihatn dia.Kuatnya hati uda..kalau aku mesti xsanggup, bila dh extend mesti nanti fikir nak kena belajar sendiri, kawan2 semuaa dh habis.Lepas tu nak convo lg..aihh,xtercapai dek akal. Tapi uda  terpaksa...terpaksa!kesian dia.Tabahlah adik.Uda every semester dapat anugerah dekan..pelajar cemerlang.sekarang terpaksa extend dan next semester kawan2 sebaya semua dh habis belajar.This is their final semester.Allahu...kami semua doakan uda tabah dan kuat semangat.Tak pe uda..rezeki masing-masing.Semoga cepat2 sembuh ! sob...sob...